Friday 27 July 2012

LATIHAN SILAT BULAN RAMADAN

Alhamdulillah semalam 27/07/2012 selepas solat terawih disurau berhampiran rumah terus gerak ke sekolah menengah miharja cheras utk sesi latihan pertama dalam minggu pertama ramadan al mubarak.

alhamdulillah pesilat yg datang seramai 9 orang.ok lah kan ini bermakna masih ada semangat dan minat yang mendalam utk bersama-sama berlatih di bulan ramadan.paling muda azim umur 8 tahun dah seminggu puasa x pernah ponteng puasa lagi malah malam td latihan buat lompatan anak kambing seramai 4org so kira hebat.bagus2 terus kan usaha.

pada waktu yang sama kedatangan dari kemaman terengganu cikgu naga dewa lg memeriahkan suasana latihan dan nasihat yang membina kepada anak2 gayong sek men miharja cheras.supaya meneruskan latihan dan teruskan usaha mencari ilmu2 persilatan gayong malaysia.

latihan habis jam 11.45malam.sembang2 dgn cikgu berkenaan ,..n kul 12.15 tengah malam baru sampai di rumah.mandi dan terus masuk tido.

kul 5.00 pagi bangun sahur.sib baik ada anak murid bg roti john.makan tu jelah..n nasi sikit.sebagai tenaga utk esok.

sekian.

No comments:

Post a Comment